Laman Utama
Latar Belakang
Rahsia Kebaikan Herba
Kesihatan Wanita
Pengedar
Berita Terkini
Kerjaya
FAQ
Komuniti
Binary Herb Shop









 

 

 
1.   :
Legakan Batuk dengan Limau Nipis
    :
Limau nipis atau Citrus Aurantifolia sering digunakan sebagai campuran dalam minuman atau masakan kerana rasanya yang masam. Air perahan limau nipis ini juga sebenarnya dapat membantu melegakan batuk. Caranya ialah dengan menyediakan campuran air limau nipis dan sedikit madu. Madu yang sama banyak dengan air perahan limau dicampurkan sekali sehingga sebati dan terus diminum. Minum campuran ramuan ini dua kali sehari dan sebaik-baiknya jangan campurkan dengan bahan lain termasuklah air.
 
.....................................................................................................................
 
2.   :

Daun Sirih Hilangkan Gatal-Gatal Badan

    :

Ambil daun sirih muda dan hiris halus-halus. Campurkan hirisan daun tadi dengan sedikit tawas dan rendamkan dalam semangkuk air. Rebus semua campuran dengan semangkuk air sehingga mendidih. Setelah air rebusan tersebut suam, sapulah ke seluruh badan.

 
.....................................................................................................................
 
3.   :

Bunga Cina dan Daun Lidah Buaya (Aloe Vera) untuk Masalah Selsema

    :

Selain menggunakan ubat-ubatan moden anda juga bolehlah mencuba petua tradisional untuk merawat masalah selsema. Gunakan segenggam daun bunga cina dan sepotong daun lidah buaya atau aloe vera. Caranya ramas kedua-duanya dalam ½ liter air kemudian disapu terus ke atas kepala. Petua ini sangat mujarab terutamanya untuk kanak-kanak berumur 4 tahun ke atas.

 
.....................................................................................................................
 
4.   :

Pucuk Jambu Batu Untuk Atasi Cirit Birit

    :

Alternatif bagi mereka yang mengalami cirit birit adalah dengan cara menggunakan pucuk jambu batu. Caranya ialah dengan merendam pucuk jambu batu dalam air panas. Campurkan sedikit garam untuk membersihkan kotoran pada pucuk jambu tersebut. Pucuk jambu tersebut mestilah terus dimakan selepas kelihatan agak layu.

 
.....................................................................................................................
 
5.   :

Kunyit Sebagai Penawar Gastrik

    :

Untuk meredakan gastrik, ambil kunyit sebesar ibu jari. Hiris bulat-bulat sebanyak 7 hiris kemudian masukkan ke dalam segelas air panas. Biarkan seketika. Selepas itu minum air itu sambil mengunyah hirisan kunyit tadi.

 
.....................................................................................................................
 
6.   :

Hilangkan Parut dengan Hampas Teh

    :

Petua ini boleh diaplikasikan di bahagian muka ataupun badan. Apabila anda menyediakan teh, simpan baki atau hampas teh tersebut. Mula-mula bersihkan hampas teh kemudian terus gosokkan perlahan-lahan pada bahagian yang berparut. Amalkan 3 kali seminggu ketika mandi. Sebaiknya mulakan dengan selawat.

 
.....................................................................................................................
 
7.   :

Menghilangkan Pecah Tumit Dengan Asam

    :

Rebus segenggam asam keping dengan 5 gelas sahaja. Apabila sejuk, rendamkan kaki anda ke dalam air tersebut selama lebih kurang 5 - 10 minit. Dalam masa yang sama gosok-gosokkan asam keping tersebut pada bahagian tumit yang pecah-pecah itu.

 
.....................................................................................................................
 
8.   :

Petua Hilangkan Panau

    :

Panau memang memalukan. Apatah lagi jika panau tersebut terjadi di bahagian muka. Cara untuk mengatasinya adalah dengan menggunakan halia. Ambil halia sebesar ibu jari kemudian tumbuk sehingga lumat. Tempelkan halia tersebut di bahagian kulit yang terdapat tompok panau tersebut. Biarkan selama 15-20 minit. Sebaiknya amalkan selalu untuk mendapatkan hasil yang memuaskan.

 
.....................................................................................................................
 
9.   :

Bunga Kantan untuk Hilangkan Bau Badan

    :

Bunga kantan banyak digunakan sebagai ramuan dalam masakan tradisional orang melayu kerana baunya yang enak. Bagi anda yang mempunyai masalah bau badan bolehlah mencuba petua ini. Caranya, ambil beberapa batang pokok kantan segar. Potong batang tersebut pendek-pendek dan ditumbuk hingga lumat. Selepas itu rebus hingga mendidih, angkat dan biarkan ia sehingga suam sebelum boleh anda gunakan sebagai air mandian. Jika boleh amalkan selalu.

 
.....................................................................................................................
 
10.   :

Pokok Setawar untuk Hilangkan Demam Panas

    :

Pokok setawar atau nama saintifiknya Kalanchoe Laciniata banyak ditanam di kawasan kediaman sebagai tumbuhan hiasan. Bagaimanapun pengamal-pengamal perubatan tradisional kerap juga menggunakan daun setawar untuk merawat demam panas. Caranya adalah dengan meramas beberapa helai daun setawar yang masih segar sehingga mengeluarkan lendir. Selepas itu ambil sehelai tuala dan basahkan dengan air ramasan daun setawar itu tadi. Letakkan tuala tersebut di atas kepala dan biarkannya sehingga panas di kepala berkurangan.



PERHATIAN: Semua petua di atas adalah merupakan cadangan sahaja berdasarkan pengalaman pengguna-pengguna yang lain. Pengguna adalah bebas untuk mengamalkan atau mencubanya tanpa paksaan. Sebarang amalan petua-petua tersebut oleh pengguna adalah di atas risiko sendiri. Pihak Binary Consolidation Sdn Bhd dan syarikat-syarikat sekutunya secara keseluruhan tidak bertanggung jawab ke atas sebarang kesan atau efek yang tidak diingini akibat daripada amalan petua-petua tersebut.

 
.....................................................................................................................





















Polisi Sulit
Terma
Binary Consolidation Sdn Bhd © Hakcipta Terpelihara 2008.