Laman Utama
Latar Belakang
Rahsia Kebaikan Herba
Kesihatan Wanita
Pengedar
Berita Terkini
Kerjaya
FAQ
Komuniti
Binary Herb Shop











KATA ALU-ALUAN DARIPADA PENGASAS

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Pertama sekali, setinggi-tinggi kesyukuran saya rafakkan kehadrat Allah s.w.t kerana memberikan kesempatan untuk saya menyampaikan sepatah dua kata di laman web rasmi Putri Binari ini.

Kini sudah lebih 10 tahun rangkaian produk Putri Binari telah bertapak di Malaysia . Setelah penat bertatih jatuh, berjalan dan berlari, kini Putri Binari mampu berdiri teguh dan bersaing dengan produk-produk berasaskan herba lain yang berada di pasaran.

Menghasilkan produk-produk berasaskan herba yang berkualiti tinggi adalah matlamat utama kami demi memenuhi kepuasan dan kehendak pengguna yang amat kami hargai. Bagi memastikan visi tersebut tercapai, kami di Putri Binari sentiasa memastikan setiap produk dihasilkan mengikut peraturan Amalan Pengeluaran Baik (GMP), dijamin halal dan mendapat kelulusan daripada Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum dipasarkan. Produk yang bermutu serta mendapat kelulusan dari Badan Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, telah menjadikan rangkaian produk Putri Binari sebagai rangkaian produk yang dipercayai oleh pengguna. Kini Putri Binari telah berjaya melebarkan sayapnya dengan pembukaan cawangan-cawangan baru Binary Herb Shop dan penambahan bilangan pengedar dan stokis di seluruh negara.

Dalam kesempatan ini, ingin saya rakamkan jutaan penghargaan kepada semua pengguna rangkaian produk Putri Binari yang setia semenjak kami mula bertapak di Malaysia dan berkat kepercayaan dan sokongan anda semua, kami mampu untuk terus berdiri teguh sehingga kini. Terima kasih buat anda semua.

Harapan saya dengan wujudnya laman web ini, kita akan terus saling berkomunikasi untuk meningkatkan lagi kualiti dan mutu perkhidmatan agar kami di Putri Binari dapat memberikan yang terbaik untuk anda semua.

Sekian, terima kasih.

Salam hormat,
TUAN HAJI SYARIF MAHDI

 
..................................................................................................................
 

















Polisi Sulit
Terma
Binary Consolidation Sdn Bhd © Hakcipta Terpelihara 2008.