Laman Utama
Latar Belakang
Rahsia Kebaikan Herba
Kesihatan Wanita
Pengedar
Berita Terkini
Kerjaya
FAQ
Komuniti
Binary Herb Shop











 

POLISI SULIT LAMAN WEB BINARY CONSOLIDATION SDN BHD

Polisi sulit Laman Web Binary Consolidation Sdn Bhd merujuk kepada maklumat, penggunaan dan pendedahan kepada semua pelawat Laman Web kami.

Operator Laman Web

Laman Web PUTRI BINARI™ dikendalikan oleh Binary Consolidation Sdn Bhd dan pembekal perkhidmatan kepada Binary Consolidation Sdn Bhd dan syarikat sekutunya, termasuk tetapi tidak terhad kepada pembekal perkhidmatan pengiklanan, promosi, internet dan perhubungan awam (secara keseluruhan "pembekal perkhidmatan"). Dengan itu, Binary Consolidation Sdn Bhd dan pembekal perkhidmatan dirujuk sebagai "kami" atau "kita".

Maklumat Peribadi

Kami mengumpul maklumat peribadi seperti alamat emel atau alamat surat menyurat anda apabila anda menghantar kepada kami secara sukarela. Kami mengumpul sebahagian maklumat bukan peribadi berkenaan lawatan Laman Web PUTRI BINARI™ yang meliputi jenis penyemak seimbas, sistem operasi dan kekerapan melawat ke Laman Web kami.

Kami mungkin mengumpulkan maklumat bukan peribadi daripada anda dengan menggunakan "cookie". "Cookie" adalah satu fail kecil di dalam komputer anda yang terbentuk apabila anda melawat sesuatu laman web dan digunakan untuk menyimpan maklumat bukan peribadi yang digunakan untuk menguruskan penggunaan laman web anda contohnya seperti jenis penyemak seimbas. Kami menggunakan "cookies" dan beberapa jenis teknologi internet untuk menguruskan Laman Web ini dan juga program emel. Kami mungkin akan menggabungkan maklumat yang kami kumpul melalui "cookies" dengan maklumat peribadi yang dikumpulkan secara dalam talian dan juga mungkin membenarkan pihak ketiga yang tidak berkenaan untuk meletakkan "cookies" ke atas pemacu keras pengguna Laman Web kami.

Kegunaan

Binary Consolidation Sdn Bhd mungkin menggunakan maklumat yang dikumpulkan daripada pelawat Laman Web ini untuk membekalkan anda dengan maklumat dan sampel yang di kehendaki, menghantar kepada anda komunikasi pemasaran dan lain-lain, untuk membantu kami memahami pelawat Laman Web kami dengan lebih baik, dan untuk melakukan kajian pemasaran. Apabila kami membekalkan maklumat peribadi tersebut kepada pekerja dan kontraktor bebas Binary Consolidation Sdn Bhd, anak syarikatnya, sekutu-sekutunya dan pembekal perkhidmatan yang mungkin memberi perkhidmatan bagi pihak kami seperti menghantar email atau melakukan fungsi sokongan teknikal, kami akan meminta mereka untuk memelihara maklumat tersebut. Kami bekerjasama dengan agensi penguatkuasa undang-undang yang melibatkan penyiasatan berkaitan perkara-perkara yang terbabit dengan keselamatan awam atau untuk mematuhi kehendak undang-undang.

Penerimaan Terma-terma dan Syarat-syarat Sulit

Dengan menggunakan Laman Web PUTRI BINARI™ , anda tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang diletakkan di dalam Laman Web ini dan melambangkan persetujuan anda bagi mematuhi semua perkara yang dijelaskan dalam Polisi Sulit Laman Web Binary Consolidation Sdn Bhd. Jika anda tidak bersetuju dengan mana-mana syarat ini, anda tidak perlu menggunakan Laman Web ini atau menghantar sebarang maklumat peribadi.

Perubahan Kepada Kenyataan Sulit

Kami akan meletakkan teks yang dikemaskini di dalam Laman Web ini atau membuat perubahan kepada polisi persendirian Laman Web ini dan jika anda terus menggunakannya, ini menunjukkan penerimaan anda kepada perubahan-perubahan tersebut.

Bagaimana Untuk Hubungi Kami

Untuk menghubungi kami berkenaan sebarang soalan, cadangan atau kemusykilan berkenaan polisi sulit atau amalan kami, anda boleh menghubungi kami di alamat atau nombor telefon seperti berikut:

Alamat surat menyurat:
Binary Consolidation Sdn Bhd
A-G03 Ground Floor, Perdana Condo
Jalan PJU 8/1, Bdr Damansara Perdana
47820 Petaling Jaya, Selangor DE
Telefon : 603-77242207, 0192639659
Tarikh efektif : 1 Januari 2006

PERHATIAN: Jika terdapat sebarang percanggahan maklumat di dalam Perjanjian dan Polisi Sulit ini di antara versi Bahasa Melayu dan versi Bahasa Inggeris, maka versi Bahasa Inggeris hendaklah dirujuk dan diterima pakai.

 
..................................................................................................................
 



















Polisi Sulit
Terma
Binary Consolidation Sdn Bhd © Hakcipta Terpelihara 2008.