Laman Utama
Latar Belakang
Rahsia Kebaikan Herba
Kesihatan Wanita
Pengedar
Berita Terkini
Kerjaya
FAQ
Komuniti
Binary Herb Shop











 

PERJANJIAN DI ANTARA PENGGUNA DAN BINARY CONSOLIDATION SDN BHD

Perjanjian pengguna Laman Web ini ("perjanjian" ini) merujuk kepada semua individu yang mengguna, melawat, membaca atau melihat sepintas lalu www.binari.com.my atau www.puteribinari.com.my ("Laman Web") (secara keseluruhan "pengguna" atau "anda"). Laman Web ini dikendalikan oleh atau bagi pihak Binary Consolidation Sdn Bhd, A-G03 Ground Floor, Perdana Condo, Jalan PJU 8/1, Bdr Damansara Perdana, 47820 Petaling Jaya, Selangor, Malaysia, atau syarikat sekutunya. Kemasukan atau penggunaan Laman Web ini oleh anda adalah tertakluk kepada penerimaan perjanjian ini tanpa pindaan. Penggunaan Laman Web ini oleh anda menunjukkan penerimaan perjanjian ini dan jika anda tidak bersetuju dengan terma-terma ini anda tidak perlu menggunakan Laman Web ini. Disertakan di sini adalah terma-terma polisi sulit Laman Web ini untuk rujukan.

PERATURAN-PERATURAN

Pengguna yang memasuki dan menggunakan Laman Web ini adalah di bawah kawalan undang-undang tempatan, persekutuan dan undang-undang antarabangsa yang berkenaan. Dengan memasuki Laman Web ini, pengguna bersetuju untuk tidak menggunakan Laman Web ini untuk sebarang tujuan yang menyalahi undang-undang atau bertentangan dengan perjanjian ini. Penyalahgunaan Laman Web ini dengan menggunakan perkataan atau bahasa lucah adalah dilarang sama sekali. Pengguna tidak dibenarkan memuat naik, mengedar atau menerbitkan melalui Laman Web ini sebarang kandungan yang mengeji, berunsurkan fitnah, lucah, ugutan, menceroboh hak awam atau persendirian, kesalahan melanggar hak mana-mana pihak atau menyebabkan kerugian atau melanggar undang-undang. Pengguna tidak dibenarkan memuat naik kandungan komersil daripada Laman Web ini atau menggunakan Laman Web ini untuk mempengaruhi orang lain menyertai atau menjadi ahli mana-mana perkhidmatan dalam talian komersil atau sebarang pertubuhan lain. Pengguna tidak dibenarkan memuat naik, mempamerkan, emel atau menghantar sebarang bahan yang mengandungi virus perisian atau kod komputer, fail atau program yang direkabentuk untuk mengganggu, memusnahkan atau mengurangkan fungsi sebarang perisian atau perkakasan komputer atau peralatan telekomunikasi. Sebarang percubaan oleh mana-mana individu untuk melemahkan operasi Laman Web ini boleh dianggap melanggar undang-undang sivil dan jenayah dan sekiranya terdapat sebarang percubaan, Binary Consolidation Sdn Bhd berhak untuk menuntut ganti rugi daripada individu terlibat sehingga ke tahap yang dibenarkan oleh undang-undang. Kegagalan Binary Consolidation Sdn Bhd untuk menguatkuasakan syarat dan peraturan ini tidak akan dianggap sebagai keengganan atau pengecualian untuk melaksanakan undang-undang tersebut.

HAD PENGGUNAAN UNTUK PERIBADI DAN KEGUNAAN BUKAN KOMERSIL

Kecuali dinyatakan, Laman Web ini adalah untuk kegunaan peribadi dan bukan komersil. Pengguna tidak dibenarkan mengubahsuai, menyalin, mengedar, menghantar, mempamer, mengeluar, mencetak, melesen, mencipta kerja-kerja derivatif, memindah, menjual atau menawarkan jualan sebarang maklumat yang terkandung atau didapati daripada Laman Web ini.

PENYERTAAN PENGGUNA

Binary Consolidation Sdn Bhd bebas untuk menggunakan sebarang penyerahan, komen, maklumat, idea, konsep, grafik, gambar, muzik, hasil seni, salinan, cadangan, atau teknik yang terdapat dalam sebarang komunikasi yang dihantar oleh pengguna kepada Binary Consolidation Sdn Bhd melalui Laman Web ini atau melalui emel (keseluruhannya "penyerahan") tanpa sebarang gantirugi, pemberitahuan ataupun bayaran kepada pengguna terlibat yang merangkumi tetapi tidak terhad kepada kerja-kerja membangunkan, mengeluarkan dan memasarkan produk, dan mencipta, mengubahsuai dan memperbaiki Laman Web ini dengan menggunakan maklumat daripada pengguna.

HUBUNGAN DENGAN LAMAN PIHAK KETIGA

Dalam usaha untuk membekalkan lebih nilai kepada pengguna, Laman Web ini mungkin menyediakan pautan kepada laman lain bagi membenarkan pengguna untuk mendapatkan bahan yang dimiliki dan diselenggarakan oleh pihak ketiga. Binary Consolidation Sdn Bhd tidak menyemak semua laman yang mungkin dihubungkan dengan Laman Web ini, yang mungkin mengandungi amalan polisi sulit dan pengumpulan data yang berasingan, dan sehubungan itu Binary Consolidation Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab terhadap kandungan atau polisi persendirian untuk laman web atau pautan yang lain. Melihat atau memasuki Laman Web yang lain adalah di bawah tanggungan risiko pengguna sendiri.

HAKCIPTA DAN CAP DAGANGAN

Semua kandungan yang dipamerkan di Laman Web ini, termasuk tetapi tidak terhad kepada semua logo, hakcipta dan cap dagangan yang didaftarkan dan tidak didaftarkan di bawah nama Binary Consolidation Sdn Bhd atau syarikat sekutunya PT Tenaga Tani Farma dan Binary Herb Shop dan/atau pihak ketiga yang memberikannya kebenaran untuk menggunakannya (secara keseluruhan "cap"). Pengguna tidak dibenarkan mengguna, menyalin, mengeluar, memuat naik, mencetak, menghantar, memindah, mengedar atau mengubahsuai cap ini dalam apa jua cara dan kegunaan cap ini pada mana-mana laman web adalah dilarang sama sekali. Semua bahan yang terkandung dalam Laman Web ini adalah hak milik Binary Consolidation Sdn Bhd.

PUTRI BINARI™ , PIL BINARI® dan cap dagangan serta logo berkaitan adalah hak milik Binary Consolidation Sdn Bhd dan/atau syarikat sekutunya, PT Tenaga Tani Farma yang mungkin didaftarkan di Malaysia atau negara-negara lain.

TUNTUTAN TIDAK SAH

Setiap pengguna Laman Web ini menerima tanggungjawab dan oleh itu bersetuju untuk mengecualikan dan tidak melibatkan Binary Consolidation Sdn Bhd, syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya berserta semua pegawai, pengarah, pekerja, pemegang saham, pengganti, agen, pembekal dan pihak yang dilantik dalam segala tuntutan yang mungkin wujud akibat tindakan yang diambil daripada pengguna berkaitan Laman Web ini.

Binary Consolidation Sdn Bhd berusaha sedaya upaya mungkin untuk memasukkan maklumat terkini dan tepat di dalam Laman Web ini, walau bagaimanapun, Binary Consolidation Sdn Bhd tidak menjanjikan atau menjamin ketepatan kandungan untuk Laman Web ini. Binary Consolidation Sdn Bhd tidak akan bertanggungjawab ke atas apa juga kesilapan, kelewatan atau gangguan di dalam kandungan Laman Web ini, ataupun kerugian atau kerosakan yang dialami akibat daripada penggunaan ini.

UNDANG-UNDANG DIGUNAPAKAI

Pengguna Laman Web ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia tanpa memberi kesan kepada sebarang undang-undang lain atau konflik kepada undang-undang yang melibatkan kebolehpakaian undang-undang yang lain daripada undang-undang Malaysia . Semua isu dan persoalan yang timbul berkaitan pembinaan, pengesahan, interpretasi dan penguatkuasaan persetujuan ini, atau hak dan penglibatan pengguna dan Binary Consolidation Sdn Bhd berkaitan Laman Web ini adalah tertakluk kepada undang-undang Malaysia. Jika terdapat mana-mana peruntukan di dalam persetujuan ini yang didapati tidak sah atau tidak dapat dikuatkuasakan oleh perundangan, peruntukan itu akan dikeluarkan daripada persetujuan ini, jika sebaliknya maka peruntukan itu akan kekal berkuatkuasa.

HAD TANGGUNGAN

Binary Consolidition Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kerosakan atau serangan virus yang mungkin dialami oleh komputer pengguna semasa penggunaan Laman Web ini sama ada sewaktu muat turun bahan-bahan, data, teks, imej, video atau audio dari Laman Web ini.

Binary Consolidation Sdn Bhd tidak bertanggungjawab terhadap segala produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh pihak ketiga melalui Laman Web ini. Binary Consolidation Sdn Bhd secara spesifiknya tidak memperakukan sebarang wakil atau jaminan, pernyataan atau tuntutan, berkenaan produk atau perkhidmatan yang ditawarkan melalui Laman Web ini oleh pihak ketiga, termasuk jaminan terhadap kebolehgunaan barangan atau fungsi untuk tujuan tertentu dan jaminan yang terhasil daripada urusniaga atau prestasi.

Semuabahan yang disiarkan di dalam laman web ini, termasuk informasi, artikel, petua, nasihat atau pandangan tidak boleh dianggap sebagai nasihatn yang muktamad. Pengguna adalah disarankan untuk merujuk kepada pengamal kesihatan yang bertauliah untuk mendapatkan keterangan lanjut atau jika berlaku komplikasi. Segala keputusan yang dibuat oleh pengguna untuk mengikut atau mencuba sebarang informasi, artikel, petua, nasihat atau pandangan yang berkaitan dengan kesihatan yang diberikan di dalam laman web ini adalah dibuat di atas risiko yang diambil oleh pengguna itu sendiri. Binary Consolidation Sdn Bhd tidak bertanggung jawab ke atas sebarang kejadian tidak diingini yang mungkin berlaku akibat daripada perbuatan tersebut.

 
..................................................................................................................
 



















Polisi Sulit
Terma
Binary Consolidation Sdn Bhd © Hakcipta Terpelihara 2008.